KEMPEN CELIK DUIT INTERNET

Monday, June 14, 2010

akudanmanusiamanusiadanaku

-Salam semua, satu dunia.Entri pagi ini, berpatah balik kepada tajuk blog saya.Apa yang saya paparkan sebelum2 ini kebanyakkannya adalah dari penulisan blog lain namun komen2 yang saya sendiri letak adalah hasil pemahaman saya dan pemerhatian saya tentang cerita di dalam artikel2 yang dipinjam dari blog lain. Pandangan saya datang dari pengalaman saya tentang kejadian2 di sekeliling manusia,perkara2 yang disebut di dalam artikel tersebut dan tidak lari dari apa yang saya tahu dari proses pendidikan saya lalui ketika saya kecil di sekolah rendah,menengah,universiti , selepas U,dunia pekerjaan yang pelbagai warna,dunia di luar pekerjaan lapis sehinnga sekrng.Semua dr hasil pendidikan dan jasa guru2 saya yang telah diajari oleh guru2 mereka, yang juga telah melalui proses pendidikan dr guru2 terdahulu mereka dan seterusnya sebelum2 itu hingga lah asal mula bgaimana seorg manusia bernama Adam dihidupkan dan melalui zaman pembelajaran sebelum dihalau ke bumi bersama Hawanya,dan ketika di dunia juga telah diberi ilmu oleh Allah tentang bagaimana untuk mentadbir bumi dan hidup di dalamnya dan perlu apa dilakukan ketika mereka dikurniakan anak sepasang lelaki dan perempuan dan kejadian2 selepas kelahiran anak mereka yang kisahnya ada di dalam Al-Quran.Jika ilmu kita dapat berasal dari sumber yang sahih di sisinya insyaallah berkat dan selamat. Oleh itu,kepada guru2 kita banyak jasa mereka kepada kita semua. Juga kepada mereka yang banyak menolong kita, banyak jasa mereka kepada kita.Kita semua sebagai murid2,pernah menjadi murid,masih seorang murid, perlu ingat bahawasanya tidak guna kita bermegah2 dengan kekayaaan wang, harta, pangkat,status kerana semua itu kita dapat pun hasil dari tunjukajar mereka2 tadi serta bantuan org2 yang berjasa kepada kita dan sdh tentu rahmat Allah.Kalau kita sombong , bila2 masa boleh ditarik semua nikmat yang ada. Perlu kepada mereka2 yang telah kaya,wang melimopah ruah, dan sedang masih mebe=nerima rezeki banyak untuk menggunakan wang tersebut bukan sahaja untuk shopping, hiburan, membeli lbh banyak harta malahan terus digunakan untuk kesejahteraan umat Islam. Biarlah sumber rezzeki kita dari punca yang halal, termasuk lah modal berniaga kita. Jangan terlalu bergtg kepada kredit. Walaupun modal kecik, dan naiknnya juga lambat namun rezeki halal. Jika pernah meminjam, lunaskan ia. Dan ketika wang sdg banyak lunaskan ia. Dan wang yg lebih itu setelah bayar hutang, lunaskan zakat. Saya pun sama, termsk di dalam sistem dunia. Walaupun saya bukan ahli perniagaan setakat the mass namun saya juga ada terperangkap di dalam sistem2 yang direka oleh mereka2 yang tamak,haloba, dengki,kejam, you name it. Harapan saya agar semua kita diselamatkan cepat jika kita semua mengambil langkah sama.Jangan bersengketa sesama kita malahan perlu kepada getaran atom di dalam badan kita dan alam sekeliling kita yang sama rentaknya dan frekuensinya menentang unsur2 negatif .Bagaimana ingin berbuat begitu?Anda carilah jawapannya sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment