KEMPEN CELIK DUIT INTERNET

Saturday, May 29, 2010

PELABAURAN INTERNET HARAM-JIKA JANJI PULANGAN TETAP...CONTOH 300%??/

Pelaburan Internet.. TIPU!!-TULISAN ASAL OLEH MUHAMAD SUHAIMY DI http://www.mohdsuhaimy.com/2007/04/16/pelaburan-internet-tipu/comment-page-2/#comment-

Sekali lagi saya tergerak untuk menulis tentang pelaburan internet. Pada 12 April 2007 yang lalu, majlis fatwa telah memutuskan, bahawa pelaburan internet adalah haram di sisi agama isalam. Dan saya pasti.. penggiat2 skim ini tidak akan serik dan mula mempertikaikan keputusan itu.. namun begitu, suka untuk saya mengingatkan, walau bagaimanapun anda cuba pertikaikan.. belok sana.. masuk kwsp.. belok sini.. masuk cukai… belok kanan masuk kredit kad.. pinjaman rumah.. dan masuklah mana-mana simpang pun.. pelaburan internet tetap HARAM.. dan HARAM adalah HARAM, jika anda cuba mengatakan yang Haram itu Halal.. secara automatiknya.. anda tergolong ke dalam golongan orang2 yang murtad.

Maaf! Mungkin agak tegas.. tetapi itu hakikatnya.. mengHALALkan yang HARAM adalah suatu perbuatan yang syirik dan ia boleh menjadikan seseorang itu menjadi murtad. Dan mengikut hukum islam, orang yang murtad ini layak sahaja di bunuh jika ia engkar untuk bertaubat.

Itu pelaburan internet dari segi hukum islam… saya tidak mahu mengulas lanjut kerana saya bukanlah seorang yang pakar di dalam muamalat islam.. jika ingin mengetahui pandangan pakar muamalat islam tentang pelaburan internet ini.. boleh lawati website Ustaz Zaharuddin

Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini… ialah.. mengenai pembongkaran aktiviti-aktiviti SCAM yang dilakukan oleh pelaburan internet ini. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini… “Terus/Masih Membayar” bukanlah kriteria yang tepat untuk menentukan sama ada sesuatu pelaburan itu benar atau tidak.

Apabila sebut tentang pelaburan.. banyak aspek yang perlu dilihat dan diambilkira! Bukannya hanya dinilai sama ada pelaburan itu boleh “bayar atau tidak?” sahaja. Itu adalah penilaian orang-orang yang kurang bijak.

Ok.. mari kita lihat beberapa sebab mengapa pelaburan internet itu adalah satu penipuan.

1) Tidak mempunyai lesen = TIPU

Sebuah syarikat pelaburan yang sah perlulah mempunyai lesen dan berdaftar dengan mana-manabadan kewangan sesebuah negara. Lebih-lebih jika mereka ingin memungut deposit dari orang ramai untuk tujuan pelaburan. Tidak kiralah jika ia adalah syarikat dari luar negara atau pun luar dunia sekali pun, jika ia berhajat untuk memungut wang-wang deposit dari orang ramai yang berada di Malaysia. Ia perlulah mendapatkan lesen terlebih dahulu.

Aktiviti memungut wang tanpa lesen adalah merupakan satu aktiviti haram (dari segi undang2) dan jelas ia adalah merupakan satu aktiviti penipuan.

2) Pelaburan Luar Pantai, Minyak, Komoditi = TIPU

Ini sebuah lagi penipuan yang dilakukan oleh website pelaburan internet. Di laman web mereka, mereka mendakwa bahawa, mereka melaburkan wang-wang pelabur ke dalam pasaran komoditi, luar pesisir pantai dan sebagainya. Jika benar apa yang mereka dakwa, mana laporan kewangan tahunan pelaburan tersebut?… surprise!! Takde pun!

3) Pulangan Tetap 300% = TIPU

Fuyoooooohh! Satu penipuan terhebat di abad ini. Warren Buffet, seorang pelabur terhebat didunia pun hanya mampu memberikan pulangan wang sebanyak 34% setahun bagi pelaburannya, inikan pula.. entah sape2 yang langsung tidak dikenali boleh berikan pulangan wang 300% setahun?Kat mana dia laburkan duit itu yer? Offshore? Warren Buffet pun ada buat Offshore Investment.. tapi takde pun dapat sampai 300% setahun?… Oh! saya tahu… duit itu sebenarnya tidak dilabur kemana-mana pun.. duit itu hanya dipusing-pusingkan, duit dari orang bawah dibahagikan kepada orang atas.. alaa.. macam yang charles ponzi & pak man telo pernah buat dulu tu.. skim cepat kaya yang tipu-tipu tu..

4) Syarikat Pelaburan berpusat di US, Switzerland, Iran, Hongkong dan mana-mana negaralah, asalkan bukan Malaysia = TIPU

Hampir semua pelaburan haram internet ini adalah di dalangi oleh orang2 malaysia sendiri. Jadi, sebab itulah skim-skim pelaburan ini hanya popular di malaysia. Orang-orang luar negara tidak tahupun tentang skim pelaburan tersebut. Bukti bahawa hanya orang malaysia sahaja yang tahu mengenai skim pelaburan ini boleh kita lihat dari jumlah carian pelaburan tersebut di internet melalui google.



Anda boleh lihat… hanya orang2 dari malaysia sahaja yang sibuk mencari maklumat berkenaan pelaburan haram tersebut. Orang Switzerland & US tidak tahu menahu langsung tentang pelaburan itu.

Jadi, jelas disini, pelaburan internet itu hanyalah satu “SCAM” dan bukannya sebuah pelaburan yang betul. Dan apabila ia bukan sebuah pelaburan.. maka prinsip.. “Hanya labur apa yang anda mampu untuk hilang” dan kata-kata ” Setiap pelaburan mempunyai risiko” tidak langsung boleh digunapakai.

Sebabnya? Ia bukannya pelaburan.. tetapi hanyalah sebuah penipuan!

Jauh bezanya tu.. cuba eja dan sebut PELABURAN & PENIPUAN.. kan jauh beza tu..

P/s:- apa-apa pun, islam dah bagitau, pelaburan yang memberikan keuntungan tetap adalah haram… sebab ia sememangnya tak wujud.. jika ada.. ia hanyalah satu penipuan!


-komen saya..kalau janji pulangan tetap shj..kurang x..lbh tak..kan against apa yang ada dlm islam, dan melebihi pulangan yang biasa diberikan oleh even company2 pelaburan yang diketahui cth sperti tokoh di artikel atas iaitu Warren Buffet..sebelum terpedaya...rujuk guru2 mursyid dlm background muamalat islam ...dan juga baca trend2 terkini di dalam majalah2 pelaburan...atau pun pakar2 pelaburan (financial or investment planner berlesen)...dan mgkn btl sesuatu company dlm atau luar negara tdk boleh kutip deposit utk tujuan pelaburan..jika tiada lesen dipohon dan berjaya diperolehi dari kalau tdk silap saya Central Bank sesuatu negara..kalau di Malaysia is Bank Negara Malaysia....lesen operasi sykt dari SSM dan lesen kewangan dari kementerian kewangan tu tdk ada kena mengena dengan kutip deposit utk tujuan bisnes berlatarbelakangkan pelaburan seperti forex ,melabur di dalam perniagaan minyak etc..tang kutip duit utk perniagaan MLM itu sy tdk pasti...maybe ada di dalam akta MLM....kena tgk akta tu...brp byk yang dibenarkan kutip sbg bayarn keahlian seumur hdp....atau ada bayarn2 lain yang dibenarkan...dan maybe dalam akta MLM ada juga diterangkan hal2 lain...jikalau sy dapat info ttg ini..sy akan kongsikan dengan anda....harapan saya....anda juga boleh berkongsi dgn sy ilmu2 terkni ttg undang2 syarikat, civil,syariah ....agar kita semua dicelikkan dan tidak jth dlm kancah penipuan....yang seronok memerhatikan org2 kita terutama M...yg byk menyertai tanpa mengkaji disebabkan tertipu dengan sogokan kata2 positif...tetapi telah menggunakan teknik kreatif memperdaya (memikir lebih dalam dan mencari jalan pintas seperti yang digunakan oleh Bill Gates) iaitu bagi kata positif...di masa yang sama..tujuan adalah untuk cepat kaya (jalan pintas)..sy dapat maklumat ttg cara bgmana Bill Gates menjana kekakayaannya..dari sebuah lagi web page teknik memecahkan kod nombor pada tarikh2 ptg kelahiran sesorang,waktu, apa2 shj yang berkaitan...di mana.....utk mengenalpasti samada seseorg itu atau sesuatu itu ada potensi utk menperdayakan kita atau tidak npun diajari di dalam seminar yang dianjurkannya.Sila lawat webblog tersebut....dan bc sendiri apa tertulis dan kalau berminat anda boleh daftar utk seminarnya. Webpage tersebut ialah di http://thematrixcode.wordpress.com/. Nah ..apa lagi yang kita nak...ada byk rujukan kita blh gunakan...sampailah ke mengkaji karaekter manusia melalui tarikh lahir,waktu kelahirannya..sehinggalah rujukan di dalam quran dan hadis..apa2 pun kaji dulu sebelum menceburi sesuatu....dan mohon perlindungan dariNya agar dijauhkan dari mereka2 yang suka memperdaya...Kataq2 positif perlu..tetapi...jika hendak untung..jgn semuanya terlalu cepat..dan kena lihat adakah kita menindas sesorg in a long run..sebuah bisnes adalah in the long run..bkn untung sekelip mata..dan sekelip mata lari...hehe bersama2 duit2 pelabur/downline..

No comments:

Post a Comment