KEMPEN CELIK DUIT INTERNET

Saturday, May 29, 2010

Pernah dengar kata2 ini-jangan buat jahat,nanti kau dapat balasannya.bc artikel dari matrixcode ini dananda akan fhm mengapa?

-Kaitan tarikh lahir dengan kejayaan/kejatuhan hdp sesorng..dan org2 yang akan bersamanya..atau yang tidak..dll.Barack Obama juga menggunakan teknik ini..menyimpan tarikh2 khr mereka2 yg bekerja dgnnya..untuk mengkaji karakter2 org2 itu...sebab dia adalah pemimpin...bgmana denga n kita yang bekerja sbg guru, doktor, engineer dll, dan menggunakan pengetahuan ini untuk keselamatan,kesejahteraan bersama...dan bukan menjatuhkan org lain ...wallahualam


Apakah anda tahu hari, bulan dan tahun anda dilahirkan?
Apakah anda tahu huruf abjad yang terselindung didalam nama anda?

Setiap apa yang terlintas difikiran anda didalam membuat dan memberi sesuatu keputusan itu adalah disebabkan oleh kombinasi nombor didalam huruf nama dan kelahiran anda yang simboliknya adalah dari anda… setiap yang baik mau pun buruk itu andalah puncanya kerana anda telah diberi ruang akal membezakan apa yang sepatutnya, akan tetapi kenapa masih tetap berlaku;
Jawapannya adakah anda sebenarnya tahu siapa anda? Sejauh mana anda kenali diri anda, keinginan dalaman anda….siapakah rakan-rakan anda kenapakah anda ingin berkawan dengan si dia dan atau kenapa pula anda ingin berkahwin dengan si dia dan kenapa pula seseorang itu ingin berkawan dengan anda. Pernahkah anda lihat sejauh mana hubungan anda dengan keluarga.
Sebagai contoh: Kenapa anda mudah berkongsi masalah anda dengan adik anda tetapi bukan dengan kakak anda. Jawapannya ibarat ‘Tak kenal maka tak cinta’ inilah ayat yang tepat mengukur diri anda kerana untuk dalami diri anda, anda perlu selami ke dalam diri anda, melainkan setiap perjalanan anda didalam hidup dan setiap apa yang anda putuskan dan setiap apa yang anda inginkan semuanya ditentukan oleh pihak lain. Tetapi apakah ada mampu menjadi seperti itu?
Didalam maksud yang lain pula, sebagai contoh: saya suka kepada anda tetapi saya tidak suka dengan kelakuan anda bermaksud beberapa nombor yang ada didalam nama & tarikh kelahiran anda yang sepatut-patutnya anda gunakan ke arah yang baik tetapi anda telah tersalah menggunakan ke arah yang negatif…maka dari sini anda akan sedar dan membuat perubahan memperbaiki diri, meningkatkan jati diri dan mengaktifkan kelebihan diri.
Berbalik semula berkenaan akal, kerana fungsi akal itu meminta anda memikir sebaik-baiknya setiap perkara sebelum membuat keputusan tetapi nafsu pula meminta-minta tanpa mengenal erti puas maka bila berlakunya kekesalan, akan berbalik semula kepada petanyaan akal dan tingkahlaku diri anda yang sebenar dan begitulah pusingan peredarannya jika tiada arah kenali diri.
Huruf abjad didalam nama tidak hanya mengambarkan manusia tetapi mencerminkan juga keadaan, objek, lokasi, negeri dan sebarang bentuk objek yang mempunyai identiti sebagai namanya.

APA ITU KITARAN NAMA DAN TARIKH LAHIR ANDA?
Mengenali kitaran diri anda melalui kaedah kombinasi kiraan nama dan tarikh lahir didalam hidup, adalah bermula dari saat peringkat dimana umur anda sedikit demi sedikit meningkat dan dari proses perjalanan itu maka bermulalah dimana anda semakin mengenali sifat-sifat emosi seperti keinginan, ketamakan, kekuasaan seperti lumrahnya sikap manusia-manusia didunia, maka selepas itu bermulalah tingkahlaku apa yang anda lakukan, cetuskan dan katakan maka akan menunjukan itulah diri anda dan kitaran perjalanan anda selagi anda tidak benar-benar berubah memperbaiki masalah utama atau (Penghijrahan diri). Ini adalah kerana setiap hari anda berada didalam khayalan bermaksud fikiran anda sedang meneroka kesibukan hidup disamping memikir urusan diri tetapi untuk mengelakkan diri anda dari terus terlalu khayal terutama apabila didalam kitaran tekanan, maka sebaiknya anda mengtafakurkan diri atau istilah berbalik sedar diri dan sedar ruang disekeliling anda atau sedarikan diri semula tentang kelemahan, kelebihan, kekuatan dan masalah utama anda. Anda perlu mengawal suasana sekeliling dan bukannya suasana sekeliling mengawal anda. Sebab itu lah fungsi solat 5 waktu itu ada jarak-jaraknya didalam pergerakan 24 jam sehari.
Penahkah anda mendengar ada orang berkata “jangan buat yang tidak baik kerana esok anda akan mendapat balasan” maksud disini adalah didalam kaedah kiraan pernomboran jika anda seorang yang bersifat peramah maka akan menunjukkan anda mudah merapatkan diri dengan individu yang sama seperti anda tetapi jika anda seorang yang bersifat mudah memperdaya maka anda juga akan dihampiri oleh individu yang mempunyai sifat tersebut.
Matrixcode tidak tidak mengukur siapa dan apakah latar belakang, darjat atau keturunan anda? Ini adalah kerana anda mempunyai tarikh kelahiran dan nama identiti maka itulah adalah kunci diri anda.
Cthnya: individu ini mudah bercakap sesuatu yang mengelirukan tetapi sebenarnya itulah salah satu sifat yang ada pada dirinya.
Percaya atau tidak? Presiden amerika syarikat Barack Obama mudah akan mengenali setiap pemimpin setiap negara melalui tarikh kelahiran dan huruf abjad didalam nama mereka. Dari sini beliau mudah akan tahu apakah kelebihan, kelemahan, kekuatan dan masalah utama mereka. Kerana apa? Kerana mereka adalah pemerintah negara.
Info: Didalam dunia manusia yang dilahirkan pelbagai paten2 dan termasuklah individu yang dilahirkan bersifat genius….kenapa mereka ini dilahir ke muka bumi. Percaya atau tidak kalau tanpa mereka-mereka ini, maka tidak terhasillah pelbagai ciptaan yang kita guna pakai pada hari ini. Mereka-mereka ini adalah sebagai asbab/perantaraan dan menunjukkan allah itu kasih dan memberi bimbingan kepada hambanya didalam mencari penyelesaian dan kehidupan yang baik didunia. Adakah anda ingin mengatakan ini kebetulan (tiada istilah kebetulan didalam quran) samalah juga pada awalnya apabila manusia itu kerap mempertikaikannya tetapi akhirnya jelas dan semakin jelas..kerana apa? Kerana semakin ramai mula menggunakan kaedah tersebut.
Contohnya: kenapa melalui kiraan huruf abjad nama syarikat-syarikat besar mempunyai paten-paten kombinasi nombor yang menunjuk kepada pembawa kepada keuntungan tetapi pernahkah kita terfikir?
Oleh itu bukakan minda anda luas-luas yakni ilmu allah tiada bandingan walau sebesar zarah sekalipun semuanya telah tersimpulnya alasan, asbab dan penyebab.
Sekian dari matrixcode

No comments:

Post a Comment